My baby Bob Boy dah 90 hari kemarin!! After giving
birth at HSB 10 Mac tu, 2 minggu sebelum due J sebab ibu nye nih on insuline, so doc
terus ambik darah my baby (owh... kesiannya, L) dan terus warded sebab katanya gula
kurang dalam darah my baby.
Ok... lps tu ibunye nih dah boleh discharge pada 11
Mac (bersalin pun dah kul 8.50 malam). Then, pegi tanya pada doc kat NICU ‘my baby boleh keluar tak lagi??’ ‘sori puan, hari ni tak
bole lagi. Mungkin esok.’ Ok fine, cool2.
Esoknye... tunggu call dari hosp sampai kul 12 takde
lagi. So ajak hubby pegi hosp... sebab takde sapa yang jaga aku pantang, so
ajak hubby makan kat kedai, J makan nasi putih dan ikan temenung goreng dan pegaga.
Masa tu hosp call suh pi ambik baby... suka sangat.
Lepas ambik baby petang jugala, dalam kul 4.30 petang.
Sampai rumah dalam kul 8.00 malam. Esoknya, doc call suh bawak baby ke hosp,
tarikh dah lupa. Katanya sebab ada tiroid but at the border saja la. Jadi doc
tu kata, nak ambik darah sekali lagi untuk pastikan betul-betul ada tiroid atau
tak.
Oleh kerana baby ada kuning sikit (ye ke?). Maka aku
pegi la ke klinik dengan husband, sakit pinggang ko... hari ke-3 la tu bacaan
216 mmol/L. Fuh tinggi! Hari ke-4 209, hari ke-5 289! Alamak laju nye naik,
terus doc suruh pi bawak ke hosp untuk warded.
So terpaksa la aku ke NICU lagi, baru 4 hari pantang.
Sampai kat NICU aku terpaksa masuk sorang, dukung baby, wad baby kuning tu
hujung jauh! Aku gagahkan gak diri berjalan. Kemudian kena tunggu daftarkan
baby masuk wad. Ada la dalam 2 jam lama nye. Allah saja yang tahu sakitnya. Owh,
ada yang tanya mana hubby u? Dia jaga anak-anak yang sulung umur 6 tahun dan
kedua 3 tahun.
Baby keluar keesokan hari, kena ulang alik ke klinik
sampai hari ke 10! Berpantang pun tak berapa pantang dah. Makan pun ikut sempat
jer.
Ok, tata...

