Shopping Murah-murah

Bamboo Pads

Tuesday, July 1, 2014

Iftar Ramadhan 1(Adoi, line tenet slow!)

Alamak! line tenet slow sgt! sedihnyer... kena update lain nih!

Alhamdulillah, first day Iftar Ramadhan 1 aku dengan jayanya memasak sendiri juadah berbuka. Boleh estimate berapa banyak untuk masak tanpa membazir.

Untuk appetizer aku masakkan popia goreng, ambik resepi dari blog kak Sheila. Sori akak saya hanya meng-kopipeskan jer resepi akak di sini. Memang sedap popia inti daging sedap nih...

Popia Inti Daging Sedap
By: kak Sheila
Bahan:
Kulit popia
250gm daging kisar
1/4 kobis, sengkuang, lobak merah – disagat nipis
1 sudu makan lada hitam biji (ditumbuk)
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
Tumis bawang merah dan bawang putih sekejap, masukkan lada hitam, cili kisar, tumis hingga naik bau.
Masukkan daging kisar, biar hingga daging masak.
Bila air daging kering, masukkan sayur-sayuran dan gaul sebati sehingga kering airnya.
Bila inti dah agak sejuk, sudukan 1 sudu makan pada kulit popia, gulungkan dan sedia untuk digoreng.
Cicah bersama sos cili + mayonis yang digaul sebati.

Ni plak main menu nasi goreng sos black pepper, ambik resepi kak Fida MyResipi. Resepi nih pun sedap sampai habis hubby makan. Thanks kak Fida!

Black Pepper Sauce Fried Rice

Sesuai dimakan bila2 masa dan ringkas penyediaannya.
Created on : 26-04-2009
Bahan-bahan ( 2 - 3 orang )
·         4 cawan nasi sejuk
·         4 ulas bawang putih - dicincang
·         2 biji telur
·         sedikit hirisan sayur kobis
·         sedikit hirisan lobak merah
·         4 sb sos lada hitam*
·         2 sb kicap manis*
·         2-3 sb air*
·         mentega/minyak - untuk menumis
·         sedikit isi ayam/udang - jika suka
·         bawang goreng,hirisan daun bawang dan daun sup - untuk taburan
·         garam secukup rasa
Cara-cara
1.         Campurkan bahan2 bertanda dan ketepikan.Panaskan secukup mentega/minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan isi ayam/udang juga hirisan sayr2an dan gaul rata.Masukkan telur dan gaul lagi hingga sebati.
2.       Masukkan nasi dan gaul rata dan tuangkan campuran sos lada hitam dan gaul hingga sebati.Tambahkan sedikit garam secukup rasa dan gaul lagi.
3.       Taburkan bahan taburan ketika menghidang.
4.       Sedap juga dimakan dgn jeruk lada hijau.**Kalau anak2 akak suka makan dgn coleslaw dan ayam goreng.

Selain tu aku masakkan juga puding sagu kalerpul untuk aku yang memang gemorkan puding nih, masa ngandungkan Bob Boy pun ni la yang aku selalu beli kat restoran. Sampai ada diebitis ibunyer nih, sampaikan kena suntik sendiri... akakaka... tapi after delivery dah tkde dah, Alhamdulillah. Resepi ambik dari LinaPg – Lina Penang.

RESEPI PUDING SAGU GULA MELAKA
By : LiNa Pg
Bahan (Puding Sagu)
1 cawan sagu kecil
3 cawan air 
3 sb gula
2 helai daun pandan simpul
Cara-Cara:
1. Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam.Kemudian toskan
2. Didihkan air bersama daun pandan.Kemudian masukkan biji sagu ke dalam air yg mendidih tadi
3. Kacau2 selalu supaya tidak berkerak.Jika air hampir kering tp sagu masih belum jernih, boleh ditambah sedikit air (sket jer taw..kang byk sangat jadi lembik lak)
4. Bila sagu hampir jenih keseluruhannya barulah dimasukkan gula.Tutup api.
5. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kaler peberet masing2.Kacau menggunakan garfu.Masukkan ke dalam acuan/loyang.Sejukkan
Untuk Manisan (Gula Melaka)
1 ketul gula nipah
1/2 cawan gula merah
1 cawan air
1 helai daun pandan simpul
Cara-Cara:
Satukan suma bahan, masak hingga gula larut dan agak pekat.Tutup api, tapis dan sejukkan.
Note:
Untuk menghidang, keluarkan puding sagu dari acuan.Kalau menggunakan loyang potong kecil2 supaya senang nk makan.Curahkan santan/susu cair dan sirap gula melaka.

Air pulak aku Cuma bancuhkan kordial oren jer... sampaikan hari nih hubby request air lain plak!! Nampak sangat dia tak gemor air oren. Almaklumlah lepas kahwin baru nak kenal betul-betul. Mana tau dia agak cerewet dalam soal makan nih. Walaupun dah kahwin 7 tahun dah, masih banyak benda yang aku tak tau.


Tapi hari nih Iftar Ramadhan 2 aku tak masak, pasal banyak sangat urusan nak diselesaikan kat pekan. So, ambik kesempatan mintak hubby belikan makanan kat bazar Ramadhan je. Masalahnye hujan mencurah-curah turun di Alor Setar dan Jitra. So, hubby just belikan nasi tomato, kuih serimuka dan kuih cara manis je. Ok la tu takla membazir J. Tapi minuman sempat la aku bancuhkan nescafe ais dan sirap bandung. Hubby walaupun sejuk gedimasih lagi nak minum ais, huhuhuhu...
post signature

Wednesday, June 25, 2014

I Love Rainbow

Owh no! Dah lama sangat tak update blog... Internet buat hal. Sedih sangat. Anak yang sulung dah tukar Pre-k nya di sini... AS J. Pagi-pagi ayahnya hantar, tengahari kul 12 ayahnya juga yang ambik. Everyday pesan jangan ikut orang lain selain ayahnya...


Sebenarnya harini ada semangat nak update blog ni sebab masa blog walking tadi ternampak mille crepe yang owh wow, FANTASTIC! Terus terfikir ok gak wat tema rainbow. Tak ketinggalan kan? Rainbow ni evergreen kan??













post signature

Wednesday, June 11, 2014

My Spshops 

Haah... tula kerjanya mummy yang duduk kat rumah ni. Mencuba dan mencuba pelbagai peluang dalam dunia maya nih. Aku salah seorangnya. Banyak yang aku cuba, tapi tak fokus dan takde motivasi. Walaupun banyak juga yang mengecewakan, tapi aku tetap mencuba.


Share Profit Shops nih adalah yang latest aku cuba. Alhamdulillah dengan modal Cuma RM10, dah nampak pulangannya. Memang biz nih tak menjanjikan jumlah ribu-ribu sebulan, tapi bagi aku orang biasa-biasa ni, dah nampak duit sikit tu ok dah.

Ok, tata....

post signature

Cerita yang takde noktah

My baby Bob Boy dah 90 hari kemarin!! After giving birth at HSB 10 Mac tu, 2 minggu sebelum due J sebab ibu nye nih on insuline, so doc terus ambik darah my baby (owh... kesiannya, L) dan terus warded sebab katanya gula kurang dalam darah my baby.




Ok... lps tu ibunye nih dah boleh discharge pada 11 Mac (bersalin pun dah kul 8.50 malam). Then, pegi tanya pada doc kat NICU my baby boleh keluar tak lagi?? sori puan, hari ni tak bole lagi. Mungkin esok. Ok fine, cool2.

Esoknye... tunggu call dari hosp sampai kul 12 takde lagi. So ajak hubby pegi hosp... sebab takde sapa yang jaga aku pantang, so ajak hubby makan kat kedai, J makan nasi putih dan ikan temenung goreng dan pegaga. Masa tu hosp call suh pi ambik baby... suka sangat.

Lepas ambik baby petang jugala, dalam kul 4.30 petang. Sampai rumah dalam kul 8.00 malam. Esoknya, doc call suh bawak baby ke hosp, tarikh dah lupa. Katanya sebab ada tiroid but at the border saja la. Jadi doc tu kata, nak ambik darah sekali lagi untuk pastikan betul-betul ada tiroid atau tak.


Oleh kerana baby ada kuning sikit (ye ke?). Maka aku pegi la ke klinik dengan husband, sakit pinggang ko... hari ke-3 la tu bacaan 216 mmol/L. Fuh tinggi! Hari ke-4 209, hari ke-5 289! Alamak laju nye naik, terus doc suruh pi bawak ke hosp untuk warded.

So terpaksa la aku ke NICU lagi, baru 4 hari pantang. Sampai kat NICU aku terpaksa masuk sorang, dukung baby, wad baby kuning tu hujung jauh! Aku gagahkan gak diri berjalan. Kemudian kena tunggu daftarkan baby masuk wad. Ada la dalam 2 jam lama nye. Allah saja yang tahu sakitnya. Owh, ada yang tanya mana hubby u? Dia jaga anak-anak yang sulung umur 6 tahun dan kedua 3 tahun.


Baby keluar keesokan hari, kena ulang alik ke klinik sampai hari ke 10! Berpantang pun tak berapa pantang dah. Makan pun ikut sempat jer.


Ok, tata...

post signature

Friday, June 6, 2014

‘alamak, aku sesat kat blog mana ni!??’

Dah lima hari tak update blog! Line internet slow sangat... banyak kali kena refresh... penat ooo. Last-last aku off je laptop. Gile! Nak kena tunggu loading jer, kuor nyer takpun!

Tapi nak update apa yerk? Bukannya ada mende yang menarik sangat pun dalam hidup aku ni. Sebagai orang biasa kehidupan pun macam biasa la; kemas rumah, basuh kain, masak... nak tayang & bagi resepi pun malu... yer la masak biasa jer. Buleh makan je. J

Dalam tiga empat hari ni pun tak ber-facebooking; bukan nye suke sangat pun nak online fb tuh. Ye la... kena sedor diri bukannya gen Y pun tapi gen X... ngeh ngeh ngeh...

Dah harini gagah gak online cari serba skit info bole gak kongsi dengan pengunjung blog ni... (maaf le kalu korang bw kat sini alamak, aku sesat kat blog mana ni!?? = pada hemat ku macam tu la kot J)


DIY gelang daripada ring minuman tin & riben


DIY glitter charger... buat sendiri agak2 bole tak??

korang just klik pada tulisan kaler tu ye utk ke link benda tuh!
Dapat idea kalerkan link word daripada website nih = Mr Printables; banyak printable crafts untuk anak-anak... free je.

Adoyaii!! Slownye line internet nih...

Takat ni jer laaa... ok tata...


post signature

Sunday, June 1, 2014

Alamak... Takde Idea! (n Freebies)

Hari ni (31 Mei) betul-betul tak sempat nak publish post. Kerja bukan banyak sangat pun! Cuma nak siapkan kerja typing jer. Esok dah deadline, huh! Betullah work from home; nih lebih banyak cabarannya...


Mana nak siapkan tugasan, mana nak uruskan rumah lagi. Itulah, langsung tak ikut schedule, buat ikut suka je. Mentang-mentang tkde bos yang nak bising. Kerja pun tangguh2 jer. J

Nampaknya, aku belum lagi bersedia untuk jadi freelance or anything yang perlukan komitmen... nasib aku tak buat business or jadi upline sapa2 lagi.

My baby Bob Boy takde la kacau sangat pun. Ntah kenapa mak dia ni tak boleh nak fokus kat kerja sendiri nih... (masih lagi berangan nak publish commercial ebook or something like it J) owh, tadi dah buat satu freebies, kot-kot la ada sapa2 nak kan. Ni aku create ABC Coloring Book. Bukan buat sendiri tapi ambik dari sini. Cuma aku compile jadi satu buku jer...


Ok, tata.....

post signature

Thursday, May 29, 2014

Idea Tak Ori!

Hari ni tak ada yang menarik aku boleh ceritakan. Aku tak masak, Cuma tanak nasi jer tadi, lepas tu call my hubby; Abang, balik nanti belikan lauk ye... sayang tak masak hari ni...

So, hari ni makan lauk kedai je. Hubby beli gulai sotong, ayam masak kicap, ayam goreng tepung dan ikan keli goreng tepung. Makanlah kami empat beranak lauk-lauk yang... emmm, dah beli terima aje la.

Si Bob Boy kecik lagi baru 2 bulan @ 72 hari. Comel dan tembam! Dah 6.1 kg timbang minggu lepas. Kat klinik hari tu ada misi mintak dukung, so bagi je la. Dah duk depan mata je pun. Kemudian ada sorang lagi misi datang tanya; Anak sape? Anak akak tu... La... ingat anak cina!! senyum je la...

Tiba-tiba lak mai idea... apa kata cari resepi pink. (in the pinkish mood lagi ni). So cari lah sambil ber-blog walking.

Nin dia!!
Klik bawah gambar kalau nak resepi yer...

post signature