Shopping Murah-murah

Bamboo Pads

Thursday, May 29, 2014

Idea Tak Ori!

Hari ni tak ada yang menarik aku boleh ceritakan. Aku tak masak, Cuma tanak nasi jer tadi, lepas tu call my hubby; Abang, balik nanti belikan lauk ye... sayang tak masak hari ni...

So, hari ni makan lauk kedai je. Hubby beli gulai sotong, ayam masak kicap, ayam goreng tepung dan ikan keli goreng tepung. Makanlah kami empat beranak lauk-lauk yang... emmm, dah beli terima aje la.

Si Bob Boy kecik lagi baru 2 bulan @ 72 hari. Comel dan tembam! Dah 6.1 kg timbang minggu lepas. Kat klinik hari tu ada misi mintak dukung, so bagi je la. Dah duk depan mata je pun. Kemudian ada sorang lagi misi datang tanya; Anak sape? Anak akak tu... La... ingat anak cina!! senyum je la...

Tiba-tiba lak mai idea... apa kata cari resepi pink. (in the pinkish mood lagi ni). So cari lah sambil ber-blog walking.

Nin dia!!
Klik bawah gambar kalau nak resepi yer...

post signature

Wednesday, May 28, 2014

Pink Mata Hitamku!!


Pink, maaflah kalau korang BW kat sini berpinar mata ngan kaler pink jew... mesti korang ingat aku ni peminat pink kan? Ekekeke ekceli aku bukan nya seorang pink lover yer...

Blog aku ni aku wat kaler pink pasal aku nengok, asal blog pompuan mesti pink. Jadi dengan kajian ku itu aku pun wat la blog aku tema pink gak hihihi. Maka berusahalah aku cari gadget n widget pun kaler pink!

Tapi template aku guna simple template blogger ni je. Background jer aku bersusah payah edit beberapa kali dalam photoshop. (ada juga guna ilmu aku tu!).

Lepas ni nak buat watermark untuk foto-foto lak. Signature dah ada yer, kat bawah tu...


Kay, tata....

post signature

Tuesday, May 27, 2014

Israk Mikraj


ISRAK bererti perjalanan malam Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitil Maqdis. Mikraj pula bererti perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha dan terus mengadap ALLAH SWT untuk menerima fardu solat lima kali sehari semalam bagi umat Nabi Muhammad SAW. Peristiwa Israk dan Mikraj terjadi pada malam Isnin, 27 Rejab tahun kenabian, bersamaan tahun 622 Masihi dalam usia Nabi SAW 51 atau 52 tahun.

Sebelum peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW mengalami pembedahan dada dan perut oleh malaikat Jibril dan Mikail. Hati Baginda SAW dicuci dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam (alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Nabi Muhammad SAW. Setelah itu dadanya dijahit dan dimeterikan dengan khatimin nubuwwah. Selesai pembedahan, didatangkan Buraq untuk ditunggangi Nabi dalam perjalanan misteri yang dinamakan peristiwa Israk dan Mikraj.

 
Sewaktu perjalanan Nabi SAW ditemani oleh Jibril dan Israfil. Mereka tiba di tempat-tempat bersejarah dan berhenti sembahyang dua rakaat. Antara tempat itu ialah Thaibah (Madinah), tempat di mana Nabi SAW akan melakukan hijrah; Bukit Tursina, tempat Nabi Musa as menerima wahyu ALLAH, dan Baitul Laham (Palestin), tempat Nabi Isa as dilahirkan.
 
Dalam perjalanan itu Nabi SAW menghadapi gangguan jin Afrit dengan api dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib dan menakjubkan. Antara lain ialah:
Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buahnya) yang baharu keluar semula. Nabi SAW diberitahu oleh Jibril: Itulah kaum yang berjihad fisabilillah yang digandakan pahala kebajikan.
 
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh semula, lalu dipecahkan pula. Jibril memberitahu Nabi SAW: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
 
Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti bintang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahanam. Kata Jibril: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
 
Sekumpulan kaum lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami mereka.
 
Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril: Itulah orang yang makan riba.
 
Setibanya Nabi SAW di Masjidil Aqsa, Nabi turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbiya dan mursalin menjadi makmum.
 
Nabi SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejana yang berisi arak dan susu. Nabi memilih susu lalu meminumnya. Kata Jibril : Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat Baginda akan menjadi sesat.
 
Sewaktu Mikraj (naik ke Hadhratul Qudus menemui ALLAH), didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Nabi SAW dan Jibril naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzah).
 
Langit pertama, Nabi SAW berjumpa dengan Nabi Adam as. Langit kedua, berjumpa Nabi Isa dan Nabi Yahya as. Langit ketiga, berjumpa Nabi Yusuf as. Langit keempat, berjumpa Nabi Idris as. Langit kelima, berjumpa Nabi Harun as. Langit keenam, berjumpa Nabi Musa as. Langit ketujuh, berjumpa Nabi Ibrahim as. Setelah melihat beberapa peristiwa ajaib, Nabi SAW dan Jibril masuk ke dalam Baitul Makmur dan sembahyang (Baitul Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Makkah).
 
Tangga kelapan, di sini disebut Kursi yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul Muntaha. Nabi SAW masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan malaikat penunggunya.

 
Tangga kesembilan, Nabi SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustwa dan Sharirul Aqlam, lalu melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

 
Tangga ke-10, Nabi SAW sampai di Hadhratul Qudus dan Hadhratul Rabbul Arbab, lalu dapat menyaksikan ALLAH SWT dengan mata kepala lalu bersujud. Kemudiannya ALLAH memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam, yang sebelumnya difardukan 50 waktu.


Sumber: Sinar Harian

post signature

Sunday, May 25, 2014

Fuh... Akhirnya Siap Juga!

Walaupun kita stay at home mum, tapi tak semestinya takde jadual kerja... sebenarnya, lagi banyak kerja daripada mums yang kerja full time.


Tujuannya supaya kita terurus, tetap bersiap cantik macam tengah kerja dulu, make-up semua. Baru la suami dan anak-anak tengok kita senang hati. Selain dari rumah terurus, kerja part time kita pun terurus. Boleh siap on-time.


Selain jadual ni, banyak lagi pengurusan yang perlu kita buat, menu planner, grocery listing, shopping budget and more... huhuhu... sabar, will create someday.


Sekarang ni tengah fikir untuk menu dan aktiviti bulan Ramadhan yang dah tak lama lagi nak akan tiba. Sekarang ni my baby Bob Boy kecil umurnya, 2 ½ bulan... nanti dia dah dapat kaki ntah la, mungkin bersemangat kacau mak dia ni, huhuhu....


Ok... tata....

post signature

Blog Under Construction...

Blog aku masih lagi under construction, not fully lagi. Hari ini aku berusaha remove border dan background untuk imej dalam post, termasuk signature.


Susah juga, sebab kurang faham, so aku study lebih sikit, hihi... Dan tada... akhirnya berjaya jugak. Background untuk blog aku ni dia punya border ambil dari star sunflower studio. Free of charge je.

Aku edit sikit dalam photoshop. Ambik masa juga, dia punya stripe tu dari free photoshop pattern dari Brusheezy....


Itu saja la kot setakat ni... tata...

post signature

Saturday, May 24, 2014

Blog Masih dalam Pembikinan!

Alhamdulillah....

Aku dah berjaya memasukkan auto signature ke dalam blog post aku.

Aku belajar dari turial di laman web Her and Nicole ni. Dalam laman web Rekita Nicole banyak juga tutorial yang dia bagi, tapi aku Cuma guna yang ni dulu setakat ni. Kalau sesiapa yang nak mintak aku translatekan dan buat step by step tutorial tu, nanti aku usahakan.
Ok, tata....
post signature

Not so Full Time Housewife!!!

 Tajuk melebih! Guna bahasa inggeris pulak!... hehehe. Aku fikir perlu untuk aku hasilkan satu lagi blog yang entah ke berapa ni. Blog ini sempena aku masuk persatuan surirumah sepenuh masa sekarang ni.

Tapi bukanlah sepenuh masa sangat, kerana aku bercadang nak kerja dari rumah. Sudah ada tiga tugasan yang perlu aku siapkan.

Tapi memang mencabar kerja dari rumah ni. Aku nak sediakan satu jadual, penting! Barulah semua kerja boleh disiapkan dengan sempurna dan tepat pada waktunya.

Selain daripada itu aku juga kena tahu apa yang aku boleh buat dan apa kemampuan aku. Bukan aku mahu pendapatan yang banyak sangat, tapi cukup sekadar aku boleh berbelanja untuk diri aku dan sekali-sekala ikut kemahuan anak-anak.

Oh! Tak boleh banyak sangat melalut ni. Ada kerja yang perlu disiapkan